Rabu, 19 Januari 2011

STRESS JUGA PUNCA KEPUTIHAN

kenapa wanita sering kali dibelenggu keputihan???.

Dan kebanyakkan wanita-wanita berkenaan adalah bekerja
sepenuh masa. Ada yang bekerja sebagai guru dan ada
juga sebagai kerani.

Selain daripada faktor-faktor kelemahan sistem imun,
faktor stress adalah penyumbang kepada keputihan.

Apabila kita stress, akan tercetus satu hormon yang
menyebabkan kita resah dan jantung kita berdenyut laju.

Dan disebabkan stress ini akan membuatkan kitaran hormon
kita terganggu.

Apabila kitaran hormon terganggu, ia akan mengubah rembesan
bendalir pada faraj kita.

Perubahan pada rembesan bendalir pada faraj ini akan menyebabkan
pH persekitaran faraj akan berubah.

Dan disebabkan stress inilah pH pada persekitaran faraj
akan lebih 'mesra' kepada bakteria.

Perubahan pada pH faraj akan mengalakkan lagi pertumbuhan
kulat atau bakteria pada persekitaran faraj.

Jadi tip saya disini adalah supaya dalam kita merawat keputihan,
kita juga perlu bebaskan diri daripada stress.

Sentiasa berfikiran positif dengan berbaik sangka dan cuba
meneyelesaikan pelbagai masalah yang datang dengan penuh
bijaksana.

dengan itu kita bebas stress...


Semoga perkongsian saya kali ini bermakna untuk anda...

Tiada ulasan: