Ahad, 16 Januari 2011

MASALAH KEPUTIHAN WANITA

Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari
vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.
Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.
Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.
Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.

Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:
>> Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia
>> jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal
>> Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau
>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah
>> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Anda telah cuba rawatan di klinik tetapi GAGAL....

Apabila berlaku jangkitan keputihan ,anda akan segera pergi mendapatkan rawatan di klinik.Terpaksa pula menunggu agak lama sebelum dapat berjumpa doktor.Secara protokol,doktor akan memberi ubatan terdiri daripada antibiotik dan juga ubat anti kulat dalam bentuk krim ataupun supositori yang dimasukkan kedalam faraj.
Setelah menahan perasaan malu dan banyak masa serta wang ringgit dihabiskan,selang 1 minggu atau 1 bulan kemudian keputihan datang semula.Anda mula risau,rungsing dan bercadang untuk ke klinik berjumpa doktor sekali lagi......Situasi ini berlaku berulang-ulang tanpa ada penghujungnya.Jangkitan bakteria dan kulat mampu merebak dan akibatnya pasangan anda juga akan mengalami kegatalan,kemerahan,kesakitan dan juga kulit melecet.

Di Mana Silapnya?

Tahukah Anda,sebenarnya antibiotik dan anti fungal yang anda perolehi dari klinik tadi telah memusnahkan segala jenis flora (bakteria)dan fungal dalam badan anda.Pemusnahan ini termasuklah kepada bakteria baik.Fenomena ini seterusnya membawa kepada ketidakseimbangan flora dalam badan anda.
Bukti yang nyata,menurut kajian Melbourne Sexual Health Centre (MSHC) di Australia-77% wanita yang menerima rawatan antibiotik untuk keputihan akan mengalami jangkitan semula selepas 1 bulan rawatan diberikan.

Tiada ulasan: